Jangan Gelak 1
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang sedang tidur nyeyak…
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si
isteri….
Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!”
Isteri : “Na… nama sa… saya… Aisyah”
Perompak : “Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu,” lalu dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : “Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi korbanku.”
Suami : “Namaku Irwan.. tapi…. semua orang memanggilku Aisyah….”
JANGAN GELAK 2
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis
dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua
menimbang, dan mesin komputer
menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .
jangan ramai- ramai!”
JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri
di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli
telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
“Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”
Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?”
Jamal menjawab, “Err…. Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! ”
JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan…
Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu
dan
Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”
Samdol : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”
to be cont......
0 orang yang peramah:
Post a Comment