Wednesday, September 1, 2010

AIR MATA WANITA...

ASSALAMUALAIKUM....


Hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita.. knape wanita jea?? laki tak da air mate ke?? bukan takda.. tapi lelaki kan kuat.. susah nak kluarkan airmata mereka walau perit tahap dewa pun.. hehe... Ada 20minit lagi nak berbuka nie.. sempat kot.. IF tak sempat cont after berbuka lak.. hehehe..

seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..(Ha.. kita la tu..) so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir? kenapa yer guy?

antara beberapa sbb nape air mate wanita ni mudah menitis adalah:

1. bila ada org buat kamu marah.. marah teramat sangat...(marah tanda sayang la)

2. orang yang kamu sayang buat kamu trasa hati..(eleh.. benda kecik pun trasa)

3. bila kita teringat kat seseorang yang terpenting (mama/papa) dalam idup kita meninggalkan kita..

( sape yang sensitif dalam hal ni, hope tahan kejap emosi n habeskan dulu membaca... hehehe)


wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9.. wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. dari aspek yang semacam ini, lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menangis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menangis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya.. perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

saya nak citer pengalaman seorang kwn saya yang berhadapan dengan boyfren nya yang panas baran.. begini ceritanya..

satu hari, mereka keluar makan bersama2 disebuah restoran.. ketika mereka sedang menunggu makanan yang mereka order sampai, tetiba sepupu(lelaki) si gadis cantik menelefon si gadis cantik.. mereka berborak.. saja.. borak2 kosong.. selepas selesai berborak si lelaki bertanye kan si gadis itu..

si lelaki: siapa kol awak?

si gadis cantik : sepupu saya.. saje2 jer..

lantas si lelaki itu mengambil handphone si gadis cantik itu dan menghempap kuat2 diatas meja.. semua pengunjung kedai makan tersebut terpaku n terkejut dgn tindakan si lelaki tersebut.. tidak cukup dengan itu,, dia menendang kerusi.. 3 biji kerusi yang berada di kawasan itu terbalik.. dan si lelaki itu trus beredar dari kedai itu dan meninggalkan gadis tersebut keseorangan.

cube korang bayangkan perasaan si gadis cantik itu pada ketika itu..(ish.. aku pon sedih).. tentu malukan.. apa yang ada dalam kepala so gadis cantik itu?? cont..

si gadis itu fikir, nak stay atau pergi.. tapi tiba2 makanan yang mereka pesan sampai.. si gadis cantik telah buat keputusan untuk stay dan habeskan makanan tersebut..(mgkin si gadis tu lapar kot..ehehe).. bukan.. membazir la kalau tinggal gtu jea makanan.. korang jgan ingat gadis itu syok menikmati makanan tersebut, tapi si gadis itu menangis tak berlagu tau... dalam makanan die mungkin berkuahkan airmata.. tiba2 sorang pakcik datang kepadanya dan menasihati supaya banyakkan bersabar sbb suatu hari nanti Tuhan akan balas pe yang die dah buat kat awak.. ada jugak orang yang prihatin kan..

begitu lah critanya..benda kecik jeakan.. tapi sampai begitu sekali die layan gf die..










ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

isteri : abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap

suami : ala syg,abg pun letih juga..

pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya.. bak kata Dr.Fadhilah Kamsah,

"jika isteri tengah menangis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."

ok.. saya nak kongsi satu crita kat korang semua.. jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada kwn2 untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

anak : Ibu, mengapa ibu menangis?

Ibu : Sebab ibu adalah perempuan, nak.

anak : Saya tidak mengerti ibu..

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

Ibu : Nak, kau memang tak akan mengerti...

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya

anak : Ayah, mengapa ibu menangis?

ayah : Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas..

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

anak : cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Guru : Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

wah.. aku lak emosi ni.. tahan2... cont..

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

begitulah alkisahnye...

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nangis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menangis, apa yang dia mahu kan? belaian ibu kan? jika pada zaman berkasih, boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? best n dapat pahala tu!!!hehehe

ok..habes da pasal pompuan..

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mama atau papa ,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. 'ish..apa ni laki nangis? buat malu je. macam perempuan je. laki kene kuat.. tak boleh nangis"... disebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki. memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nangis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak. tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun kwan2, janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang. tapi bila da cakap macam ni, jgn plak kaum hawa nie ambik kesempatan untuk nangis jer.. hehehe.. nangis biar bertempat.. dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian

mengoncang dunia ,mencipta sejarah." hehe.









dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

nilah saja untuk malam ini.. harap dapat membantu anda terutamanya guy untuk berhadapan dengan aweks nye suka menangis..hehehehe


WASSALAM....

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 orang yang peramah:

PuRpLe GiRLz said...

(**,)...... i like it...

ann said...

nafis,...u sgat2 memahami perempuan kan,...terharu sgat baca pe yg u tulis nie,..huks,..s0b3,...xsemua pompuan nangis sebab nak pancing hati laki,.kita nangis bersebab,.lau x,.kita x nangis tau,...

Mark Peace said...

yer la u... i paham.. tapi i tak suka kalau pompuan tu nages depan i.. jadi lemah semangat.. tapi i tak marah die nak nanges.. da puas die behenti la kan.. u jgn sedih2 k?? be strong macam kami,..

ann said...

huks,...i am strong girl,..hehheheh,...

Mark Peace said...

elele... yeala tu... sket2 u nangis... jgn nanges lg k...

cteaz said...

kalo la bf i ni memahami mcm nafis....huhu..

Mark Peace said...

mie phm ct.. tpi die wat2 tak phm.. hehe

Post a Comment