Haa... kisah ni bukan nak mencarut ke ape..
tapi nak bezakan bahasa diantara 2 negeri ni..
jom layan!!!


SMILE WHILE YOU STILL HAVE IT....
1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!
5. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
6. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!
9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..
10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"



KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI
AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA:
1.BUKIT JAMBUL
2.GURNEY PLAZA
3.KOMTAR
4.SUNSHINE
5.GAMA
6.PACIFIC
7.QUEENSBAY
CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…
1. HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN
2. BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT
3. PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN
4. KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)
5. SANDAL LELAKI
TOLONG PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA




Sekadar ingat mengingati.. ...
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam
yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi
walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada abah yang ku kasihi dan ma yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Peringat? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Sy pun tak berapa jelas mengapa sy nak tulis surat ni kepada ma dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, tak penah pun sy tulis surat untuk ma dan abah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, sy selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang sy tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, sy sebenarnya untuk meminta redha dari ma dan abah untuk bernikah. Mungkin ma dan abah terkejut apabila sy cakap macam nie. Sy bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Saya nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, sy akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, sy rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
Saya bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi sy nak ma dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti sy, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, sy takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau ma dan abah bagi sy green light, masalah calon, ma dan abah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting ma dan abah bersedia. Saya lebih suka calon tu sy yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna ma dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk sy.
Ma dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak sy akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang sy nikahi nanti. Seperti yang sy katakan awal-awal tadi, sy nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh sy belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka sy akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau sy telefon dia, sy dapat pahala, sy rindu kat dia, sy dapat pahala, sy bagi hadiah kat dia, sy dapat pahala malahan kalau sy keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, sy nak tanya pada ma dan abah, adakah ma dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan sy masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka sy akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib sy bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka sy akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi ma baju sebagai hadiah, takkan ma tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Ma akan terima juga. Kalau nenek menjamu ma dengan makanan, ma jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau ma dan abah masih kurang jelas, ma dan abah boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Ma dan abah jgn risau, sebelum sy nak nikah, sy akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri sy. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak sy tangguh dulu. Apa-apa pun, sy tegaskan sekali lagi, sy nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
sy tengok semua abang sy nikah awal dalam umur 24 tahun. Sy cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu sy tua nanti, sy tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak sy nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Saya juga harap, anak-anak sy nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum ma dan abah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Saya tak nak sy akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan ma dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
Saya sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan sy dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Cik Su Safwah, sebab sy tak tulis nama ma dan abah. InsyaALLAH dalam risalah tu sy ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap ma dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Saya nak ma dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi sy, kalau sy membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab sy pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja sy membicarakan hal nikah ni ketika mana sy baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, sy dah 23 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat sy ini. Diharap ma dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya tidak memaksa ma dan abah untuk menyetujui seratus peratus apa yang sy katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abe Pu,Abe Yie n Iwan, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan sy ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, sy akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan ma dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan sy di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Peringat.
Puteramu,Nafis