Monday, December 27, 2010

Yang mane paling bagus..?? Fenim2..

tolong.. aku dalam dilema skrg nie...
hahaha.. dilema ape?? nak pilih kekasih?? da ada da...
hm.. tgk kat bawah tu.. HP N81 aku.. da hancus..
tension aku dibuatnye.. mane taknye, nak msg ngan awek pon susah, just bole jawab cal jea..
haaihs.. nak bli yang baru pon kene wat keptusan gak.. bukan men bli jer..
budget?? tada la tgi sangat, aku budget rm500 jea.. ta leh nak bazir...
tlg aku wat keputusan yer??

(not for sale)

tgk HP n81 aku, lawakan.. korang jgn gelak wei... pliz.. tgk jer...
terkeluar habes litar..
kalau silap langkah leh kene litar pintas wei..haaha

1st aku plan nak bli Hp nie jer...

murah jer... rm65.00
tapi awek aku marah.. die cakap alang2 nak bli bek bli yang puas hati kita trus...
yunk malu ker org pakai hp KODI(murah)...?? kikiki
aku pk2, betul jugak cakap die.. tgk member2 pakai hp canggih2, jelous plak aku nanti..
then die bg la aku pendapat suh aku bli hp C3 nie...
smart gak kan?? tapi tada 3G.. aku tak kisah pon sbb jarang sngt guna.. wat pe 3g sbb zaman skrg makin canggih.. YM ada kan.. lagi pon jumpa hari2.. 3G wat pe kan..
ni rupa Hp C3 tu

price rm400

semalam tgh aku search2 kat tenet, terjumpa la hp ni..fuh.. memang smart la..
SONY ERICSON C903.. agak menarik.. harga pon bole tahan... dulu rm1000++ tapi skrg harganye da trun rm 550.. bestnye Hp nie sbb camera 5mp..
tapi satu aku tak suka.. slide..
aku takut jadi cam hp n81 aku...


sedang aku mencari2 mataku tertarik kat sebuan hp nie..
samsung T119...
harga rm500++
aku blum penah guna lagi hp samsung..
best ker? aku ni lasak sket sesuai ke pakai hp touch screen...
tpi aku minat hp camni..

tapi yang surenye, semua HP2 diatas tu akan ku cancel IF abang aku bersetuju menjual blackberry nye dengan harga rm500... hahha.. sebb haritu die ada offer nak jual BB die tu kat aku.. tak tau la die gurau or ape.. sbb die cakap nak tukar i phone4 plak.. ada rezeki aku dapatla..
pakai blackberry la jwbnye aku nanti.. kikiki
mintak2 die bermurah hati...


tgk BB aku.. haha(perasan!!!)







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 25, 2010

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 23, 2010

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

ASSALAMUALAIKUM....

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?

Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!



Apakah kelapan2 petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 22, 2010

Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita


Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga kaum aku ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.

Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin

9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak.

10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian

11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”

12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter

19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan s
erius dengan si lelaki

12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 8, 2010

Cinta sejati- relakan kekasih bersama orang yg lebih sempurna dari kita?


ASSALAMUALAIKUM....

Kisah cinta.....true story....cam filem lak...jiwang sikit..
tapi memang nak minta tolong korang nie...pls help me...
i'm losing this war...!

Saya..rupa biase je...tapi manis ada(pinjam kata p.ramlee)..hehe
dia.....hensem seperti beckham....almost perfect!...

saya..harta...sebuah kereta biase ....yg mampu dibeli...
dia..BMW 5 series....warna kuning....impian semua lelaki dan mungkin juga wanita....

saya..kerja sekarang ....boleh le kalau nak hidup berdua di Kelantan nie..cukup..
dia.anak Dato'..dan jawatan pengurus (katanya)..di syarikat bapanye..(cam dlm drama lak).....

saya...belajar setakat U kat malaysia je...business...
dia...graduate dr U di luar negara..UK...jurusan engineering...

so...cinta .....kalau dibandingkan atas kertas dan lojiknye..pasti si A ini akan lebih bahagia bersma si dia...
sempurna...hebat dan bergaya.....

cinta sejati?.....

eh AWEK call..... sambung nanti...

tgk.. cinta sejati.. sanggup tido besama...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 6, 2010

bapa borek anak rintik..

ASSALAMUALAIKUM...

Mau tau apekah itu bapa borek anak rintik??

jeng jeng jeng....





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Buat ibu2 sekalian, bacalah ini...


ASSALAMUALAIKUM...

Takukah anda satu panggilan dr org tersayang sama seperti satu pelukan yg penuh kasih syg.??
Dalam satu kajian terbaru di US, sekumpulan kanak-kanak perempuan berumur 7-12 tahun telah disuruh membuat ucapan dan menyelesaikan masalah matematik di hadapan penel2 yg tidak dikenali, yang mana membuatkan hormon cortisol, iaitu hormon yg dikaitkan dgn tekanan, meningkat secara mendadak.
Sejurus selepas ujian tersebut, 1/3 ditenangkan ibu mereka secara personal, 1/3 menerima panggilan telefon dr ibu mereka manakala 1/3 lagi disuruh menonton video tuk meneutralkan emosi mereka.

Kanak2 yg berinteraksi dgn ibu mereka samada personal atau melalui panggilan telefon menunjukkan tindak blas yg hampir serupa iaitu hormon oxytocin (love hormone) mereka telah naik secara mendadak manakala hormon kortisol pula kembali ke paras normal, tidak seperti mereka yg tidak berinteraksi dgn ibu masing2....

Mom's power is amazing!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 22, 2010

MENANTU YANG LUARBIASA


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nieboleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollahbukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamatini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikitkeluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepaskenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuktidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyaktidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumahuntuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minahpun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dekkerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solatsubuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengangelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 14, 2010

AYat OLDscoll KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM

Malam ni saya mau kongSi sikit ayat pelik wargo kelantan ni.hehe...sure korang tak tau nye..kebanyakan ayt tuh dah tak pakai/meluas...

so senang2 leh perah otak korang skali tok PK..

hehe..
ni da beberapa prkataan pelik kelantan:

kecek-cakap(sure korang dah tau ni)

kicik-terberak

kore-tempat kukur kelapa(alah yg bole duduk tu)

yak bok tam-opocutt..(hehe..)

jelokk-besin/bekas.

bidah-lastik

cokoh-duduk bertinggug.

tuyuk-pepatong

sumbat=takleh belah

kube=bolok wok..hehee.aku pon tak tau..

Supek ghokghak= kampit plastik

Ja'be=kampit plastik jugak

Kabo=kumbang

woh zabik= buah anggur

woh ssetor= buah manggis

woh sawo nilo=buah ciku

woh timung cino=buah tembikai

inai air=bunga keembung

butir star= kundang (warna)

pleting=straw

ngeceh=lighter

gesek=mancis

bo=mentol

batu=telur (bukan telur yg kita makan tu)

koyok=kopek

hite lengit/hite lege=hitam pekat

ikan aya=ikan tongkol

daging musir=daging batang pinang

Glewak=malas

glenya=gatal

cuco=duit baki

kalam=pensil

sobek=modify

nijeala yang saya boleh share... byk lagi sbrnye tp yang ni paling pekat.
kat bawah ni ada perbezaan bahasa or lembutnye bahasa klate ni..
jom layan.. haha..






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 13, 2010

DADDY SEX TU APE!!!!!?


DADDY SEX TU APE!!!!!


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya
kepada daddynya,

'Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-
anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang
hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang
bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... ..







NAME : ....................................
SCHOOL : ...................................
CLASS : ...................................
SEX :.....................................


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CIRI2 ORG YG MENCINTAI KAMU.. CHECK!!

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. -YA-

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. -TIDAK-

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. -YA-

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. -YA-

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. -YA-

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. -YA-

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya. - TIDAK-

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya. -TIDAK-

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga. -TIDAK-

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu. -YA-

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu. -YA- sometime -TIDAK-

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia. -TIDAK-

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya. -TIDAK- terlebih cakap adala.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu. -YA KOT-

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu. -TIDAK-

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. -TIDAK-

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu. -TIDAK-

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi. -TIDAK-

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia! -BELUM PERNAH-

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu. -TIDAK PERNAH BG HNPHONENYE-

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya. -YA-

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu. -TAK SURE-


Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

KEPUTUSAN : YA - 8/22 TIDAK - 14/22
KESIMPULANNYA... TIDAK!! tepat keputusan ku..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BOTAK vs BOTOX




YANG NI PLAK PASAL MASALAH BAHASA..
JOM LAYAN...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

lawak adiah bufday...



PADA SATU HARI,
SI GIRLFREN MENDAPAT SATU SMS DARI BUAH HATINYA..
IKUTI KISAHNYE....











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY ABAH..

ASSALAMUALAIKUM..

arini dah 12.11.2010.. terlambat update abah punye birthday...
04.11.2010 birthday nye..
umur abah da 59tahun..
setahun lagi nak mencecah 60tahun..
tapi still nampak muda.. marah kalu sape2 panggil die pakcik..hehhee
Birthday abah tak semeriah birthday ma..
maklum la, ibu lebih mesra n rapat ngan anak2 berbanding bapa..
papepun saya nak wish:


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 59
MOGA ABAH BERTAMBAH SIHAT(sama2 kita doakan yea)
PANJANG UMUR
&
DIMURAHKAN REZEKI..
insya'Allah...





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 10, 2010

Jangan mencari terlalu sempurna...♥

ASSALAMUALAIKUM..

Tadi ada terbaca entry kawan, tetiba datang perasaan untuk dijadikan entry untuk harini… Entry ni saya nak bagi kat org yang saya sayang(yup! U ler!) n sape2 jea yang sayang kat GF n BF korang… selamat menghayati...=)

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed