Saturday, September 25, 2010

Tapi bukan aaaakuuuu…



Jangan lagi kau sesali keputusanku...
Ku tak ingin kau semakin kan terluka...
Tak inginku paksakan cinta ini…
Meski tiada sanggup untuk kau terima....

Aku memang manusia paling berdosa....
Khianati rasa demi keinginan semu....
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku....
Kerana takkan pernah kan kau temui cinta sejati…

Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi...
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu...
Sejuta kata maaf terasa kan percuma…
Serasa aku t’lah mati untuk menyadarinya…

Semoga saja kan kau dapati hati yang tulus mencintaimu...

Tapi bukan aaaakuuuu…

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LIFE MUST GO ON..

Assalamualaikum wbt..

Jangan Berdukacita...Jangan di kenang dan di imbas berulang-ulang kali. Kelak hanya akan menambah luka di hati. Dan selamanya luka itu tidak akan sembuh. Lalu jadilah kita orang yang sentiasa bermasam muka, bersedih hati lalu tiada semangat hidup. Tiada semangat untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Ubat hati yang paling mujarab adalah memaafkan dan melupakan segala kisah yang sedih dan menghampakan kita. Untuk menjadi seorang yang bahagia kita sepatutnya menutup lembaran kisah duka, simpan kemas dan rapi dalam lipatan sejarah dan usah di kenang semula. Biarkanlah kisah sedih itu terus kusam dan memburuk di situ dan biarkan ia lupus. Hidup ini penuh dengan warna-warni, maka teruskan hidup dengan mencari sinar baru yang lebih baik. Korbankan sedikit kesenangan kita itu supaya orang yang kita sayang merasai lebih kebahagiaan..

Terokailah hidup yang indah ini dengan azam dan semangat baru. InsyaAllah kebahagiaan yang di cari pasti akan di temui.

Orang yang suka mengenang hari yang lepas adalah orang yang rugi. Selalu bersedih mengenangkan perkara yang sudah tiada tidak menguntungkan. Sesungguhnya perkara yang sudah berlalu tidak mungkin dan mustahil akan berulang lagi. Menangis berairmatakan darah juga tidak mungkin dapat mengubah sejarah.

Hari lepas adalah sejarah yang tidak mungkin berulang dan hari esok adalah suatu mimpi yang tidak pasti..namun kita harus tabah dan berani menghadapi realiti kehidupan.

Kita hidup hari ini kerana apa yang telah kita lalui semalam, namun ingat, apa yang kital lakukan hari ini belum tentu menjadi milik kita pada esok hari. Esok belum pasti menjadi milik kita. Dan Hanya Dia yang Tahu.

WASSALAM

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 21, 2010

AKU NI APA ???

Apa yg AKU cari adalah sesuatu yang berharga yang AKU telang hilang, telah terlepas, dan AKU tak nampak lagi..

Apa yang AKU mahu adalah sesuatu yang AKU tak miliki, sesuatu yang AKU hapy kalau dapat.

Apa yang AKU perlukan adalah sesuatu yang AKU memang tak boleh hidup tanpa nya.

Apa yang AKU rindu adalah sesuatu yang pernah menjadi milik AKU, kemudian sekarang tidak lagi.

Lalu aku ini tergolong dalam yang mana?

'Sesuatu' yang mana? benda yang di cari? benda yang di perlukan? benda yang di mahui? benda yang di rindui atau yang mana?

Wallahua'alam.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

.: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.

ASSALAMUALAIKUM


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut,
warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.


SEKIAN...

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 20, 2010

HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL LUAR NIKAH..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Untuk Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil??

Sesungguhnya, permasalahan ini berat sgt2...
Perkahwinan seumpama ini,
hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga atau individu itu biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.
Betul ke cara tu??


Problemnya sekarang,
ramai yang tak tahu mengenai hukumnye..
sah ke haram...
tadi, masa tgh search untuk asignment CTU, saya terbce dari sebuah article yang mengatakan kahwin semasa mengandung adalah haram n tak sah.. betul ke?? saya pun baru tau ni..

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu tidak sah, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. bawah ni adalah interaksi antara imam n si bertanye..
Saya kongsikan bersama anda disini kerana ianya amat penting untuk pengetahuan kita semua:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin
sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah
sehingga bayi itu
dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu tidak sah.
Seorang lelaki tidak
boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun
lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu
mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak
mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina
kerana pernikahan
itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa
anak itu tiada hak
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan
segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum
mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu
sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka
harus diberi peluang
untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
lahir dari pernikahan
tidak
sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan problem ini. Ini merupakan
satu perkara yang
serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan
bincanglah dengan
Imam/ustaz
sekiranya perlu atau ada kemusykilan yer.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan
ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".


saya still confuse ngn topik nie..
pe pendapat korg lak?

WASSALAM..

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 18, 2010

SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN...

ASSALAMUALAIKUM...

kawan2..sama2lah kita renungkan ape yang saya nak sampaikan nie :-)


Jadilah wanita kebanggaan Suami, Keluarga & bangsa serta Agama …jangan terlibat dengan persekitaran yg sekarang byk yg songsang dan menjerumuskan kita pada kesesatan…
renung2 kan lah………

Lawakan?? tapi cukup tajam..

Semalu pun tau malu, inikan pulak perempuan...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di
bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini
dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wa nita perlu tahu mempertahankan diri dan
maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul
Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja.duit & harta dunia x abis kalu di cari tapi saat bersama keluarga tak kan sama ia akan berlalu begitu pantas…jangan menyesal ….

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon

tumbuhan yang kecil.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani … ..

Saya ada satu epal, awak ada satu epal. Kita tukar epal,
awak ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika awak ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,
kemudian kita tukar ilmu tersebut,
awak ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

WASSALAM....

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 14, 2010

Meriahnya raya 2010

ASSALAMUALAIKUM...

Hai2...Selamat hari raya n salam satu Malaysia...!!
da agak lame tak update blog ni.. maklum la sibuk berhari raya...
raya ke lima baru sempat nak jenguk blog..
sonok tul raya tahun ni...
yeala.. semua adik bradik pulang kekampung..
susah nak kumpul ramai2 camni slalu..
4 hari berhari raya macam2 activiti n jemputan ke rumah terbuka sanak saudara dan kawan2..
k.. entry kali ni nak kongsi sket pengalaman hari raya saya.. dari hari raya pertama hingga ke-4...

HARI PERTAMA

hari pertama ni yg paling best..
macam biasa, bgun pagi2 lagi, mandi sunat hari raya, pakai lawa2, makan2(kuzi roti jala n satay) n pergi smyg raya..

nyum2x...

da siap smyg raya saya n family bermaaf2an la.. start yang sulong sampai la bongsu...diikuti anaksdare ku yang cute miut..

ma n abah...

anak sulong...

hingga...

anak bongsu

da setle semua, ada sesi fotografi.. tahun ni kitaorang import khas photoghaper Hafifi(pipi)..
kat bawah ni bisness card die.. sape2 nak kawen or suka bergambar2 bleh la calling2 die.. murah jer.. harga anak branak..hehe.. (tlg promote untuk pi.. kemah??)

kat bawah ni adalah antara gambar yang telah diambil...

all my family.. dua orang tiada dalam gambar...


selesai bergambar, kitaorang bergerak menziarahi pusara nenek moyang n saudara mara... activiti ni wajib setiap tahun menjelma hari raya..

doa seorang anak kepada ibu dan bapanye..

hadiah dari seorang cucu untuk datuk , nenek n saudara mara...

bersihkan kubur...

sedekahkan al-Fatihah beramai2.....

bila da selesai ziarah kubur, kami mulakan aktiviti menghabeskan makanan kat umah sanak saudara..nyum2x...hehehe


RAYA KE-2

Tahun ni, kitaorang buat open house raya ke-2.. slalu raya ke-3.. menu tahun ni, nasi minyak... penat.. memang penat.. ramai yang datang beraya.... dapat jumpa ramai saudara mara n kawan2 yang da lame tak jumpa... thankz kepada yang datang...


antara tetamu yang hadir..

Malam tu plak pegi open house umah pak sdare..
menu: BBQ... sedap2... (thankz to pakmuda n sekeluarga)

RAYA KE-3

raya ke-3 plak ada open house umah Maksdara (Cik long).. majlis start kul 12.. Menu: spageti, pasta,rojak n roti jala.. fuh.. best makanan chef ida.. semua menu saya try.. hehe.. (thankz to ciklong n keluarga)..
ptg tu plak, g raya umah member kat salor...
Menu: laksa penang.. aum.. favourite tu... tapi makan sket jer sebab malu.. hehhe..
(thankz to an n family)..
da balik umah, trus pegi umah paksdare untuk persiapan kenduri kesyukuran..
tlg mane2 yang patut..

potong daging rusa. pandai kew??

menu: rusa masak kerutuk n nasi miyak..best2.. malam tu ada majlis tahlil dan solat hajat.. majlis berakhir dengan tayangan slide show (anak cucu n cicit Hj Daud Awang dan Hjh Zaharah Abdullah) n letupan bunga api.. meriah gler..

nak tgk slide show? click here

RAYA KE-4

open house kat umah paksdra(paksuman)... majlis ni diadakan besar2an sempena mengumpulkan semua anak cucu n cicit pok teh daud n mok teh jara.. tak penah lagi wat majlis gni.. hampir 1000 tetamu yang diundang.. meriah.. memang meriah..

Publish Post



malam tu plak ada perlawanan bowling antara sepupu2 kat bilion... kali ni perform bad gler.. tah la.. tgn sakit kot..(potong daging rusa ptg tu..hehehe)


bowling time...

ni jela meriahnye raya 2010 saya.... sekian..
moga raya tahun hadapan lebih meriah n happening..
Minal aidil Falfaizin..

WASSALAM..

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 9, 2010

MALAM SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM....

12.00mlm?? syawal datang..syawal datang...
hehehe.. gimik2... plan nak g wakaf che yeh tadi kul 12.. tapi tak jadi coz jalan jem truk.. frust gler.. sory u....

eh.. sedar tak??
Ramadan telah meninggalkan kita....
kejap jeakan..
pejam celik pejam celik, da masuk syawal...

syahdu sgt2 malam nie bile dgr putaran lagu2 raya...
dialunkan dgn tasbih2 raya...
dgn suara anak2 saudara yang riuh rendah...
bergabung dgn dentuman mercun2...
yang sunyi bertukar haru biru....

sedih... em... memang sedih..
stahun lagi ramadan akan kembali....
moga amal ibadat ku kpdNya makin bertambah..
berat badan ku plak macam mane?? adakah akan mentain or makin uP??
aduh... risau tul.... hope leh mentain la.. bukan senang nak trun 5kg dalam masa 1bulan..

gembira.. em.. sgt2 n memang gembira...
semua ahli keluarga berkumpul..
bukan senang nak jumpa semua macam ni...
sekali stahun jea kot...
raya ke 4 ni ada gathering besar2an kat umah paksdara yang akan mengumpulkan semua ahli keluarga n sanak saudara.. byk activity da plan.. moga hubungan antara sanak saudara bertambah erat..

pada malam syawal yang sgt hening ini,
saya ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


kepada:
  • kedua ibubapa saya(ma n abah)
  • adik bradik saya( 8orang)
  • epar2 ku(4 orang) ank saudara tak pe..
  • sanak saudara(keluarga ayah long,ayah ngoh,pak muda, paksuman.pakdo n mek)
  • someone special n family.. (u la, sape lagi... termasuk som deh?)
  • my family kat kedah tu..(ingat ka kat cheq ni??awat diam ja??)
  • kawan2 BMB3MB(kampus KB), kawan2 kat machang..
  • n semua kawan2 yang mengenali diriku ini...
mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah and silap secara ter sengaja or tak sengaja... slalu gurau2 kasar ke, terkasar bahasa ke, tertengking ke, tersinggung ke, tercubit ke, maafkan yer.. semoga aidilfitri kali ini memberi makna buat kita semua.... Insya'Allah..

WASSALAM...


MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 8, 2010

3 HARI 3 MALAM.. NI YANG AKU DAPAT..

ASSALAMUALAIKUM..


tgk tajuk pelik jea kan?? ape benda tu 3 hari 3 malam??
percutian di bali ke?

entahla.. aku pon tak paham ape..(buat2 tak paham)
argh... sakit.. bengang..tension..pressure..giler aku dibuatnye..
aku tak tau nak luah kat sape.. ni jeala aku ada...

blur... tak tau nak tulis ape..

.....
...........
.................


3hari 3malam AKU tgu die..
3hari 3malam AKU rindu die...
3hari 3malam AKU tgu kepulangn nye..

Lamekan??
tak sabar sgt2 AKU nak jumpa die..
tpi yg AKU dapt semalam hanye sms pendek yang sgt menyakitkan hati...
sia2 saja AKU tgu die..
ni yang AKU dapat...

ape salah AKU..
ape dosa AKU..
ape AKU penah sakitkan hati die ke?
atau AKU ni tak sempurna dimata die?
terlalu ego kah AKU?

memang...
memang AKU tak sebat die...
AKU tak berduit n sekaya die...
AKU tak sehensem n semacho die...
AKU cuma lelaki biasa...
lelaki yang hanye pandai berkata2...

tpi, tlg la...
jgn lakukan AKU begini..
tolong hormat AKU sebagai seorang lelaki..
lelaki yang terlalu kuat egonya..
pantang dicabar dan diuji..
Itulah AKU..

kenapa kamu terlalu lemah untuk menghadapi semua ni..
ape gunanya AKU..
sebgai tempat mengadu atau melepas rindu??
AKU tak penah putus asa untuk bagi semangat kepada kamu..
tapi ini yang kau berikan..

ape AKU merepek ni...???hahaha..


papepun, i wish good luck to u...
hadapi hidup2 yang mendatang dgn lebih tabah..

thankz for everything...
SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN...


WASSALAM..

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 5, 2010

ADUH.... PUTUS LAGI....!!

ASSALAMUALAIKUM....


Yahoo.. dah start cuti dah.. 2 minggu.. fuh tak tau nak wat pe..dah tak ada dah tekanan.. tekanan belajar n tekanan peribadi.. korang nampak jea saya ni hapy, dalamannye tak.. tapi sekarang alhamdulillah da beransur baik.. so ada byk masa free ni bleh la saya spend masa tulis blog... Ada org tu g KL.. tgl saya sorang2 kat sni.. sedih..tapi tak pe.. saya spend masa untuk blog la.. ape tajuk hari ni ek?? k.. memandangkan saya baru jea putus cinta, lets me share tips supaya korang bleh lupakan ex-bf/ex-gf korang...

Aduh… putus lagi… putus lagi ! Kenapa hal ini harus terjadi padaku !” Mungkin itu yang sekarang bakal terlintas di benak kamu - kamu yang baru saja putus cinta termasuk saya...hehehe.. Sebenarnya, putus cinta itu suatu hal yang biasa dalam kehidupan manusia, yang menjadi tidak biasa ketika kita menghadapinya dengan penuh ke-shock-an, tanpa disangka- sangka. mula2, memang malu nak berhadapan dengan kawan2 n nak jelaskan kepada family.. benda ni kita perlu lakukan secara perlahan2..tak boleh menkhinzir buta..(ada ke istilah ni?) lakukan secara perlahan2.. Jadi, daripada mengeluh, lebih baik cari cara mengatasi kepahitan agar kepedihan hatimu cepat hilang.. jadi saya nak kongsi sket tip yang pernah saya cube untuk saya lupakan kekasih saya itu…

Ada byk tips ni.. Pilih jea mane2 tip yang sesuai dengan hatimu. Begini tips2 nya:

~~ Legakan hatimu~~

Langkah pertama, khusus buat gadis – korang masuk bilik dan menangislah sepuas2nya . Ingat semua memori yang indah kamu berdua, kemudian menangis sampai kering air mata or keluar air mata darah kamu. Kalau perlu putar saja lagu - lagu sentimental(waliband-puaskah) biar air mata keluar lebih deras lagi. Buat samapai hati kamu jadi lega. Bila sudah lega, tidur saja. Bangun nanti kamu akan lebih berasa segar sedikit.(mata pon bengkak)..

Buat lelaki, pukul apa saja yang kamu mahu (jangan pukul orang). Karung tinju adalah tempat terbaik buat lelaki-lelaki yang baru putus melepaskan perasaan marah, geram, sedih , kecewa dan sebagainya. Atau korang leh ajak2 member2 kua main bowling.. then baling lah bola sekuat hati kamu..

ha.. pukul kuat2....

~~ Remember the bad things~~

Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan kamu. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang kamu anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya kamu maafkan juga (dulu) kerana masih sayang .Setelah itu, kamu baca senarai yang baru kamu buat. Kamu bakal sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Kamu beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.



~~Bye Bye Bye~~

Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih kamu berdua dulu.(kalau sayAng nak buang simpan dalam kotak ke) Mulai dari foto - fotonya, sehinggalah teddy bear yang dia berikan sewaktu Valentine. Ini penting, biar ingatan kamu cepat lupa segala kenangan bersama. Jika tidak, kamu akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala melihat barang-barang pemberiannya.

comel.. takkan nak buang kot..

~~As Bad As I Wanna Be !~~

Yup ! Jadi gila-gila sedikit asalkan tidak melampau batas ! Lakukan saja hal - hal yang dia larang semasa kalian berkasih dulu (tentunya yang bukan negatif atau yang mendatangkan kesan buruk bagi diri kita sendiri). Seperti, hal - hal yang dulu kamu tidak pernah cuba. . Misalnya, dulu dia melarang kamu menyertai ekspedisi memanjat gunung, sekarang sertai saja mana-mana kegiatan lasak yang kamu minati dan lakukan or tak bg kamu contact ngan mane2 lelaki/pompuan or keluar ngan mane2 lelaki/pompuan!. Puas kan ! Tiada siapa melarang lagi! Begitu juga dulu dia melarang kamu bermain bowling bersama teman-teman . Sekarang kamu ada banyak masa untuk melakukannya. Bak kata lakukan apa yg dulu dia tak suka anda lakukan ketika bersama dia dulu…

main bowling la best...

~~Create things~~

Putus cinta itu kadang-kala menimbulkan inspirasi tersendiri bagi sebahagian orang untuk berkarya(macam aku sekarang,tak pasal2 jadi mat jiwang). Ini positif. Kalau kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi menceritakan juga tentang pahit getirnya. Jadi kreatiflah! Anggap kejadian yang menimpa kamu itu bukan musibah, tapi anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tau esok kamu bakal jadi pereka fesyen ternama mcm (radzuan Radwil or wan wrrr) setelah mengeluarkan ciptaan unggul yang bertema “Pieces of My Broken Heart”.. hahaha


~~ Berkumpul Bersama Teman~~

ha… yang ni perkara yang selalu aku buat.. Hindari menghabiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa kamu. contohnye, Jemput teman-teman kamu ke pantai beramai2.. berbuka puasa bersame2 ke.. jd kamu juga dapat mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa bersama teman-teman seperti waktu lalu.

with my fren..

~~Cari penganti !~~

Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya… , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan luas. Kumbang dan bunga bukan seekor/skuntum. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin yang baru lebih baik dari yang lepas.

ops.. adakah ini penggantinya?? ngengenge... skandal..

~~ I will survive…~~

Dengarlah lagu “I will Survive” yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya… I will survive. As long as I know how to love I know I’ll be alive. I’ve got all my life to live. I’ve got all my love to give. I will survive.

~~Ya! Kehidupan perlu diteruskan… … …~~

Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru..


Ni jeala tip yang saya dapat kongsikan kepada kawan2 sekalian.... yang buruk tu datang dari diri saya sendiri dan yang baik tu datangnya dari Allah SWT..

sekian untuk topik arini..

WASSALAM..

MnBz
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
© OFFICIAL PAGE ©

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed